Persediaan untuk bersalin dan menyambut si manja
Menjaga Diri Anda adalah Bahagian Persediaan Bersalin
- Senaman ringan (meregangkan badan, berjalan kaki, meneruskan senaman kegel)
- Memanjakan diri (potong rambut, mencukur bulu)
- Menyertai kelas keibubapaan
- Membaca tentang senario dan prosedur kelahiran dan bersalin
Menyediakan rancangan bersalin
- Siapakah yang akan menemani anda di bilik bersalin?
- Apakah persekitaran yang anda mahukan?
- Adakah anda ingin merakamkan detik-detik bersejarah buat kenangan (gambar/video)
- Apakah jenis ubat pelega sakit yang anda kehendaki?
- Bagaimana anda mahu bersalin?
- Adakah suami anda patut berada di sisi anda jika menjalani pembedahan caesarean?
- Adakah anda mahu mengkhatankan anak anda?
Persediaan Kehamilan di Rumah
- Pastikan bilik anda sudah disediakan
- Beli bekalan secukupnya untuk sebulan
- Isi beg bersalin anda
- Masak hidangan tambahan dan sejuk bekukan untuk kemudian; kumpulkan menu khidmat penghantaran
- Bayar bil (sewa/talian mudah alih/kad kredit) terlebih dahulu
- Jika ada anak lain, dapatkan khidmat pengasuh atau bantuan saudara-mara untuk menjaga mereka dan berikan arahan sewajarnya
- Isi minyak kereta anda
- Ketahui tanda-tanda bila anda patut ke hospital (tanya doktor).
- Buat perancangan untuk senario berbeza: jika anda rasa sakit nak bersalin semasa suami berada di pejabat, jika ia berlaku pada tengah malam dll.
- Sediakan senarai nombor orang yang perlu untuk dihubungi jika tiba masa untuk bergegas ke hospital
Semasa di hospital
- Pastikan bilik sudah disediakan
- bilik bersalin
- wad bersalin
- stesen jururawat
- ruang pentadbiran untuk pemprosesan dan pembayaran
- Daftar terlebih dahulu di hospital jika dibenarkan
- Tanya tentang dasar hospital
- Waktu kunjungan
- Barangan yang disediakan (seperti lampin, tuala wanita, keperluan dandanan diri)
- Apa yang boleh dan tidak boleh dibawa (seperti pemanas makanan, pemain muzik)
- Siapa yang boleh memasuki bilik bersalin bersama anda
- Berapa lama anda boleh menginap selepas bersalin
- Ujian pemeriksaan yang diberikan selepas bersalin
Bagaimana untuk mengetahui sekiranya anda sudah merasai sakit nak bersalin
- Kontraksi yang lebih kuat dan lebih kerap (tanya pakar sakit puan anda berapa selang masanya sebelum anda patut pergi ke hospital)
- Lelehan vagina tebal; pecah air ketuban
- Sakit belakang ketara
- Tekanan pada pelvis anda
- Cirit-birit
* Jika tidak pasti, hubungi doktor anda. Jika berlaku pada waktu lewat malam, terus pergi ke hospital. Anda mungkin disuruh pulang dahulu, tetapi tiada salahnya jika kita lebih berhati-hati.