Skip to main content

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-23

Bantu bayi dalam kandungan anda berkembang pada minggu ke-23 usia kehamilan anda.

Pada minggu ke-23, anda boleh mendengar degupan jantung bayi dalam kandungan anda. Teruskan menyokong pertumbuhannya dengan mengekalkan diet yang sihat dan mengeratkan lagi ikatan mesra dengan bayi dalam kandungan anda.

Apa yang berlaku pada Minggu 23 kehamilan saya?

Sekarang, doktor sudah boleh mendengar degupan jantung bayi dalam kandungan anda dengan meletakkan stetoskop di atas perut anda.i Bayi dalam kandungan anda terus membina kemahiran motornya; dan yang menakjubkan lagi, dia sudah boleh memegang jari kakinya dan menggenggam tali pusatnya.

Sekarang, bayi dalam kandungan anda semakin menyerupai bayi yang matang, tetapi organ dan tulangnya masih kelihatan di bawah kulit yang lutsinar.ii

Sistem saraf pusatnya kini telah berkembang ke tahap ianya mampu mengawal beberapa fungsi badan. Berbilion-bilion sel otaknyaiii juga sedang berkembang.

Saiz bayi dalam kandungan anda sekarang menyamai saiz sebiji buah betik, berukuran lapan inci (20 sentimeter) panjang dan beratnya kini melebihi satu paun (lebih dari 455 gram).iv

Apa yang boleh saya jangkakan pada minggu ke-23 kehamilan?

Anda mungkin mulai perasan kulit anda lebih berminyak daripada biasa, ini kerana perubahan hormon yang berlaku ketika hamil boleh menyebabkan kelenjar lemak yang berada di dalam kulit menghasilkan minyak lebih banyak daripada biasa.v Nikmati tempoh kehamilan anda dengan menjaga kesihatan kulit anda dengan tip-tip ini:

  • Bertukarlah kepada pencuci muka yang lembut pada kulit dan bebasminyak. Minyak yang ada pada pencuci muka mungkin akan menyebabkan jerawat semakin tumbuh, jadi anda haruslah berhatihati pada kulit anda. Elakkan juga menggunakan scrub dan astringen untuk mengelakkan kerengsaan pada kulit.
  • Berjumpa dengan ahli dermatologi sekiranya jerawat tiba-tiba tumbuh dengan banyak kerana tak semua rawatan jerawat sesuai untuk wanita yang hamil.

Apa yang boleh anda lakukan untuk menyokong kehamilan saya pada minggu ke-23?

Minum air dengan banyak baik untuk kulit anda, dan akan membantu anda melegakan masalah kulit yang disebabkan oleh perubahan hormon. Minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari air untuk mengekalkan kelembapan kulit andavi. Kekal terhidrat dapat menghindarkan gejala kehamilan yang lain seperti sembelit,vii di samping menyokong pertumbuhan sihat bayi dalam kandungan anda. Teruskan juga untuk makan buah-buahan dan sayursayuran dengan banyak, kerana ianya bukan sahaja baik untuk kulit anda, tetapi juga untuk kesihatan anda keseluruhannya.viii

Sentiasa berbual dengan bayi dalam kandungan anda, apatah lagi kini dia sudah dapat mendengar. Anak anda akan mengenal suara anda ialah suara yang didengarinya selama dia berada di dalam rahim dan akan terus bereaksi apabila mendengar suara anda.ix Ini akan menjadi persediaan asas untuk satu ikatan dan hubungan yang kukuh. Galakkan juga pasangan anda untuk berbual-bual dengan bayi dalam kandungan anda.

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-24


 

 

Rujukan:
 
i   The Pregnancy Book: Your complete guide to a healthy pregnancy, Labour and childbirth, The first
weeks with your new baby. (2009). Department of Health, UK. Retrieved April 11, 2017 from
ii   Pregnancy Week by Week. Retrieved 26 May 2017, from http://www.mayoclinic.org/healthy-
lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/fetal-development/art-20046151?pg=2   
iii   Stiles, Joan and Jernigan, Terry L. (2010). The Basics of Brain Development. Neuropsychol Rev.,
20(4): 327–348.
iv   Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week (8th ed.). Philadelphia, PA: Da
Capo Press.
v   Gibson, L. (2016, August 25). What’s the best way to treat pregnancy acne? Retrieved April 11,
answers/pregnancy-acne/faq-20058045
vi   What Can be Done to Prevent Stretch Marks? (n.d.). Retrieved February 15, 2017, from
vii   Montgomery, K. S. (2002). Nutrition Column An Update on Water Needs during Pregnancy and

Recommended Articles

Perkembangan bayi anda pada minggu ke-26
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-25
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-24