Pemakanan Ibu Hamil: Perubahan Kecil, Faedah Besar untuk Anda dan Bayi Anda
Dengan segala gejala kehamilan yang dihadapi dan makanan yang diidamkan, memang sukar untuk si ibu makan secara sihat. Amalkan beberapa petua di bawah untuk menjaga kesihatan.
Anda mungkin sudah tahu betapa pentingnya pemakanan sihat semasa hamil. Selain membawa manfaat kepada anda, ia juga membatu perkembangan fizikal dan mental bayi dalam kandungan1. Mungkin sukar untuk membuat pilihan makanan sihat apabila anda mabuk hamil, rasa letih atau mengidamkan manisan dan bukannya hidangan makan malam. Cuba langkah-langkah berikut untuk menjaga pemakanan sepanjang sembilan bulan mengandung dan nikmati makanan lazat dan berkhasiat.
Idea pencuci mulut : Bekukan buah dalam peti sejuk beku
Apabila membeli anggur atau strawberi dari kedai, jangan masukkan semua di dalam peti sejuk. Ambil sebahagian, cuci, buang tangkai, dan simpan di dalam peti sejuk beku. Jika anda mengidamkan sesuatu yang manis dan menyegarkan, makan buah-buahan segar. Buah-buahan membekalkan nutrien penting seperti serat dan vitamin C kepada anda dan bayi dalam kandungan anda, yang memenuhi keperluan pemakanan semasa hamil1-3 . Buah sesuai dijadikan manisan atau sajian segera kerana memang manis secara semula jadi.
Bila tiada selera makan: Nikmati bijiran
Roti dan pasta menjadi pilihan anda kebelakangan ini? Jika anda mengalami mabuk kehamilan, makanan yang tawar dan kosong boleh melegakan perut anda.4 Tetapi untuk membekalkan khasiat secukupnya, pilih bijirin penuh. Cuba gantikan sekurang-kurangnya separuh daripada bijirin terproses (seperti roti putih) dengan bijirin penuh (seperti roti gandum penuh dan tortila, nasi perang dan emping oat).5
Sibuk bekerja: Ambil snek berkhasiat mengandungi kalsium
Jika anda mahu segera menikmati snek yang berkhasiat semasa bekerja, dapatkan kudapan yang kaya dengan kalsium seperti kiub keju, keju berjalur, atau yogurt biasa atau Greek (pilih yang rendah lemak atau tanpa lemak). Pengambilan kalsium penting untuk memastikan tulang dan gigi yang kuat dan menyokong perkembangan bayi dalam kandungan1,2.. Pengambilan kalsium sangat penting semasa hamil. Bagi yogurt pula, perisa asli lebih disyorkan5. Anda boleh menambah ramuan anda sendiri seperti badam, madu atau beri.
Apabila pergi ke mana-mana: Bawa kacang yang mengandungi folat
Bawa aneka kacang atau kacang tanah sebagai kudapan dalam perjalanan mengunjungi sanak-saudara atau semasa menaiki penerbangan untuk pergi bercuti. Kacang ialah sumber folat yang baik. Folat1 ialah asid folik semula jadi yang menyokong pembentukan tiub neural yang sihat2,6. Jika anda bimbang bayi dalam kandungan anda akan alah kepada kacang, anda tidak perlu risau: Kajian terbaharu mendapati ibu-ibu yang makan lebih banyak kacang, termasuk kacang tanah dan kacang dari pokok semasa hamil (dan tidak alah kepadanya) melahirkan anak dengan kemungkinan paling rendah mengalami alahan kepada kacang7.