8 Makanan Kehamilan Hebat yang Anda Mahukan di Dapur Anda
Makanan Apa yang Harus Saya Makan Semasa Mengandung?
Anda tidak silap jika memilih makanan ini yang kaya dengan nutrien penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi dalam kandungan, juga baik untuk anda. Kenali makanan yang patut disimpan di dapur anda dan sebabnya.
Satu daripada cara terbaik untuk menjaga kesihatan anda dan bayi dalam kandungan adalah dengan mengambil makanan sihat. Ini penting bagi mendapatkan nutrien yang perlu untuk perkembangan mental dan fizikal bayi semasa mengandung. Pengambilan makanan yang sewajarnya juga membuat anda rasa sihat sejahtera. Dapatkan makanan ini dan ketahui kebaikannya untuk kesihatan anda.
Avokado
Avokado Buah ini kaya dengan kalium, folat, serat dan vitamin E. Kandungan kalium dalam sebiji avokado menyamai dua biji pisang kecil. Ini baik kerana kalium adalah elektrolit penting yang membantu mengawal tekanan darah1. Folat juga penting untuk menyokong perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam kandungan anda, dan membantu pembentukan tiub neural yang sihat2. Serat makanan pula menyokong kesihatan penghadaman3 dan vitamin E alah antioksidan yang boleh melindungi asid lemak daripada pengoksidaan4.
Cara mudah untuk menikmati avokado: Sapu avokado di atas roti gandum penuh untuk buat sandwich atau tambah dalam salad.
Brokoli
Brokoli menawarkan serat, baik untuk membantu menyokong kesihatan pencernaan3. Ia juga mempunyai asid folik (untuk membantu menyokong pengembangan tiub saraf yang sihat)2 dan vitamin A dan C (untuk membantu menyokong sistem imun5,6). Anda boleh menambah sayur ini ke kaserol atau memasukkannya ke dalam salad.
Bijirin, Diperkuat
Bijirin yang diperkuat membantu membekalkan jumlah asid folik harian yang disyorkan (untuk menyokong pembentukan tiub neural yang sihat2). Oleh sebab asid folik diperlukan sebelum anda hamil, sebaik-baiknya makan bijiran diperkuat jika anda ingin mengandung. Di samping itu, bijiran penuh diperkuat mengandungi vitamin B6, yang baik untuk pembentukan sel darah merah7.
Buah-Buahan Sitrus
Buah-buahan bukan sahaja lazat dan menyelerakan tetapi juga kaya dengan asid folik, yang diperlukan untuk membantu pembentukan tiub neura2. Buah sitrus seperti oren kaya dengan vitamin C, yang membantu penyerapan zat besi7, dan juga menyokong fungsi antioksidan5.
Telur
Kandungan protein, vitamin A & D, dan iodin dalam telur adalah tinggi. Bayi sedang membesar dalam kandungan anda memerlukan protein untuk membantu menyokong pertumbuhan sel dan pengeluaran darah7. Vitamin A juga menyokong pertumbuhan sel bayi dalam kandungan6. Vitamin D pula membantu menguatkan tulang anda dan juga bayi dalam kandungan anda.7 Iodin membantu fungsi hormon tiroid yang penting untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan anda.8
Telur kaya dengan zat besi, yang diperlukan untuk menghantar oksigen kepada bayi dalam kandungan anda2. Sesetengah telur diperkuat dengan asid dokosaheksaenoik (DHA) – ayam diberi pemakanan tambahan; DHA membantu menyokong perkembangan otak dan penglihatan bayi dalam kandungan.9
Susu, Keju, dan Yogurt
Produk tenusu yang kaya dengan vitamin D dan kalsium ini penting untuk menguatkan tulang bayi dalam kandungan 2. Ia juga mengandungi protein, yang penting untuk pembesaran bayi dalam kandungan anda2. Hati-hati memilih keju lembut (seperti Brie, feta, dan Camembert) kerana ia mungkin bukan pasteur.
Salmon
Kandungan vitamin D yang tinggi dalam ikan salmon baik untuk menguatkan tulang dan gigi2, manakala asid lemak omega-3 DHA penting untuk perkembangan otak dan penglihatan bayi dalam kandungan9. Salmon juga mengandungi kalsium, yang penting untuk pembinaan tulang dan membantu fungsi sistem peredaran, otot, dan saraf.2
Bijiran Penuh
Banyak bijirin penuh mengandungi serat (baik untuk kesihatan penghadaman)3, zat besi (penting untuk membawa oksigen dari paru-paru ke tisu badan)2, vitamin B, dan zat galian. Juga membekalkan karbohidrat, sumber tenaga utama badan anda7.