5 Cara Untuk Anak Anda Dapat Khasiat Yang Tepat & Mencukupi Setiap Hari
Kanak-kanak memerlukan nutrien penting yang mencukupi setiap hari untuk perkembangan fizikal dan mental mereka. Memandangkan kanak-kanak masih berada dalam fasa perkembangan dan tumbesaran, amat penting untuk ibu bapa memastikan anak mereka mendapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan dengan jumlah yang mencukupi. Bagaimanakah langkah untuk memastikan anak mendapat nutrien yang tepat dan cukup seperti yang diperlukan? Lihat cara-cara memberikan makanan berkhasiat untuk kanak-kanak di bawah ini.
Mengapa makanan berkhasiat untuk kanak-kanak sangat penting?
Dalam dunia yang semakin berkembang, pemakanan anak-anak kita menjadi aspek penting yang tidak boleh diabaikan.
Nutrisi yang lengkap dan seimbang dalam diet harian mereka bukan hanya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal, tetapi juga untuk perkembangan mental dan emosi.
Makanan seimbang untuk kanak-kanak membantu dalam pembentukan tulang yang kuat, perkembangan otak dan sistem imun yang sihat.
Selain itu, makanan berkhasiat untuk kanak-kanak juga mempengaruhi prestasi akademik mereka selain membantu anak anda dalam menjalani kehidupan yang lebih aktif dan sihat.
Kekurangan nutrisi penting boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, termasuklah pertumbuhan terbantut, kelemahan dalam pembelajaran dan masalah tingkah laku 1.
Oleh itu, amat penting untuk memastikan anak-anak kita mendapat pelbagai jenis nutrisi dengan mencukupi setiap hari.
Ini termasuklah protein, karbohidrat, lemak sihat, vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.
Dengan pemakanan yang seimbang, kita dapat membantu anak-anak mencapai potensi penuh mereka dalam setiap aspek kehidupan.
Cara bekalkan nutrisi yang tepat menerusi makanan berkhasiat untuk kanak-kanak
Memberikan nutrisi yang tepat kepada anak-anak adalah tugas yang penting dan memerlukan perancangan serta kesedaran daripada ibu bapa.
Berikut adalah lima cara utama untuk memastikan anak-anak kita mendapat nutrisi yang mereka perlukan:
#1. Pilih sumber protein yang sihat
Protein adalah nutrien asas untuk pertumbuhan dan pembaikan sel.
Ibu bapa perlu memilih sumber protein yang sihat seperti ikan, ayam tanpa lemak, kekacang dan bijirin untuk diet harian anak.
Protein tidak hanya membantu dalam pembinaan otot dan tulang, tetapi juga penting untuk perkembangan otak 2 3.
Anda boleh mempelbagaikan hidangan yang kaya dengan protein sihat untuk menambat selera mereka.
Antaranya seperti menambahkan lebih banyak makanan laut atau potongan ayam dalam hidangan kegemaran mereka.
#2. Makanan berkhasiat untuk kanak-kanak: Jadikan buah atau sayuran sebagai snek
Hampir kesemua snek yang dijual di pasaran tidak mengandungi khasiat selain tinggi gula, garam dan lemak.
Bagi menggantikan hidangan snek tidak sihat seperti ini, ibu bapa boleh menukarkannya dengan snek buah-buahan dan sayuran.
Buah dan sayur kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Ia membantu dalam pencernaan dan juga penting untuk sistem imun yang sihat 4 5.
Anda boleh menarik minat anak-anak makan pelbagai jenis buah dan sayur setiap hari dengan menawarkan pelbagai bentuk dan warna ketika menyajikannya.
Misalnya, buat bentuk wajah atau kartun pada pinggan menggunakan potongan buah dan sayur.
#3. Gantikan bijirin halus dengan bijirin penuh
Bijirin penuh juga adalah antara menu makanan berkhasiat untuk kanak-kanak.
Bijirin penuh seperti beras perang, roti bijirin penuh dan pasta bijirin penuh mengandungi lebih banyak serat serta nutrien berbanding bijirin halus.
Ini membantu dalam pencernaan selain memberikan tenaga berterusan untuk anak anda 6.
Anda boleh menggunakan acuan biskut untuk membuat bentuk yang menarik pada hidangan roti atau kek bijirin penuh anak anda.
#4. Makanan berkhasiat untuk kanak-kanak: Tukar makanan tinggi lemak tepu kepada jenis lemak sihat
Tahukah anda, bukan semua jenis lemak itu buruk kerana ada juga jenis lemak sihat yang baik untuk tubuh.
Malah, 60% otak manusia sebenarnya terdiri daripada kandungan lemak 7.
Lemak sememangnya sangat penting untuk perkembangan otak, akan tetapi pilihlah jenis lemak yang sihat 8.
Anda boleh memberikan pilihan makanan yang tinggi kandungan lemak sihat dalam diet harian anak.
Lemak sihat seperti yang terdapat dalam avokado dan minyak zaitun sememangnya baik untuk kesihatan jantung 9.
DHA yang biasa didapati dalam ikan berminyak seperti salmon pula membantu meningkatkan fungsi kognitif dan mencegah degenerasi otak 10.
Ubah suai jenis makanan ini seperti memasukkannya ke dalam bubur atau sup anak agar ia sesuai dengan selera mereka.
#5. Berikan air kosong berperisa atau susu sebagai ganti minuman manis
Minuman tinggi gula boleh menyebabkan masalah pada gigi selain boleh meningkatkan risiko obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
Oleh itu, sebagai ganti kepada minuman jenis ini, anda boleh memberikan air kosong berperisa dengan sedikit jus limau atau susu.
Air kosong sangat penting untuk hidrasi dan fungsi tubuh yang baik, selain tidak memberikan kalori berlebihan kepada anak anda.
Di samping itu, susu juga merupakan makanan berkhasiat untuk kanak-kanak kerana ia tinggi kalsium, vitamin D, protein dan nutrisi lainnya.
Anda boleh memberikan susu rumusan kanak-kanak yang diperkaya dengan MFGM (milk fat globule membrane) dan tahap DHA saranan pakar* seperti Enfagrow A+ MindPro.
Susu yang diperkaya dengan MFGM dan DHA menjadi asas kepada perkembangan minda kanak-kanak dalam lima tahun terawal usia mereka.
Ini kerana, 90% perkembangan otak kanak-kanak berlaku sebelum mereka berusia 5 tahun 11.
MFGM dan DHA sangat membantu dalam meningkatkan kecerdasan minda (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) anak anda 12.
Antara manfaat pengambilan susu yang diperkaya dengan MFGM dan DHA secara khusus ialah:
- Otak kanak-kanak lebih cepat memproses dan mempelajari sesuatu
- Membantu mereka dalam penyelesaian masalah
- Meningkatkan kawalan emosi dan tingkah laku dalam diri kanak-kanak
- Menyokong perkembangan IQ dan EQ yang lebih tinggi untuk jangka masa panjang
- Membantu menyokong perkembangan intelek anak secara optimum
Bagi ibu bapa yang mahukan susu rumusan kanak-kanak dengan protein yang mudah dicerna tetapi masih dilengkapi dengan manfaat MFGM dan DHA, anda boleh memilih susu Enfagrow A+ MindPro Gentlease.
Susu ini tidak hanya mengandungi MFGM dan DHA untuk menyokong perkembangan otak yang berterusan selepas usia 5 tahun, tetapi juga mengandungi protein lebih kecil yang lebih mudah dihadam dan diserap.
Enfagrow A+ MindPro Gentlease juga mempunyai kandungan laktosa yang lebih rendah berbanding susu lembu, dan ini membantu untuk menyokong penghadaman yang lebih baik.
Pilihlah Enfagrow A+ sebagai asas pemakanan yang baik untuk kehidupan terbaik bagi anak anda yang sedang membesar.
Kesimpulan
Dengan mengikuti panduan pemberian makanan berkhasiat untuk kanak-kanak ini, kita dapat membantu anak-anak untuk membesar dan berkembang dengan lebih sihat.
Selain itu, kita juga boleh memastikan anak-anak mendapat semua nutrisi yang diperlukan untuk mencapai potensi penuh mereka.
Ingatlah, rutin makan sihat untuk kanak-kanak bermula hari ini adalah pelaburan untuk masa hadapan mereka.
Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk ibu bapa dapatkan tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.
When your child is not getting enough nutrients. https://hospitals.aku.edu/nairobi/AboutUs/News/Pages/Nutrients-deficiency-in-children.aspx, Diakses pada November 20, 2023.
Protein. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/protein, Diakses pada November 20, 2023.
15 "Brain Foods" That May Help Preserve Your Memory. https://www.unitypoint.org/news-and-articles/15-brain-foods-that-may-help-preserve-your-memory#:~:text=Protein%20is%20the%20second%20largest,are%20made%20from%20amino%20acids, Diakses pada November 20, 2023.
Good foods to help your digestion. https://www.nhs.uk/live-well/eat-well/digestive-health/good-foods-to-help-your-digestion/, Diakses pada November 20, 2023.
Nutrition and Immunity. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/nutrition-and-immunity/#:~:text=A%20high%2Dfiber%20plant%2Drich,to%20stimulate%20immune%20cell%20activity, Diakses pada November 20, 2023.
Whole grains equal whole fuel. https://www.hprc-online.org/nutrition/performance-nutrition/whole-grains-equal-whole-fuel#:~:text=They're%20rich%20in%20carbohydrates,all%20in%20a%20tasty%20package, Diakses pada November 20, 2023.
11 Fun Facts About Your Brain. https://www.nm.org/healthbeat/healthy-tips/11-fun-facts-about-your-brain, Diakses pada November 20, 2023.
Boost your brain power with the right nutrition. https://wexnermedical.osu.edu/blog/boost-your-brain-power-with-the-right-nutrition, Diakses pada November 20, 2023.
Chaddha, A., & Eagle, K. (2015). Cardiology Patient Page. Omega-3 Fatty Acids and Heart Health.. Circulation, 132 22, e350-2. https://doi.org/10.1161/CIRCULATIONAHA.114.015176, Diakses pada November 20, 2023.
Hashimoto, M., Hossain, S., Mamun, A., Matsuzaki, K., & Arai, H. (2017). Docosahexaenoic acid: one molecule diverse functions. Critical Reviews in Biotechnology, 37, 579 - 597. https://doi.org/10.1080/07388551.2016.1207153, Diakses pada November 20, 2023.
Brain Development in Children. https://www.startingblocks.gov.au/other-resources/factsheets/brain-development-in-children, Diakses pada November 20, 2023.
Ryan, A., Astwood, J., Gautier, S., Kuratko, C., Nelson, E., & Salem, N. (2010). Effects of long-chain polyunsaturated fatty acid supplementation on neurodevelopment in childhood: a review of human studies.. Prostaglandins, leukotrienes, and essential fatty acids, 82 4-6, 305-14. https://doi.org/10.1016/j.plefa.2010.02.007, Diakses pada November 20, 2023.
**Disclaimer:
*FAO/WHO mengesyorkan pengambilan DHA diet harian sebanyak 10-12mg/kg berat badan untuk kanak-kanak 12-24 bulan atau 100-150mg DHA+EPA untuk kanak-kanak berumur 2-4 tahun.