Apa itu DHA?
Pelajari apa itu DHA yang sebenarnya dan mengapa ia penting semasa hamil dan sepanjang tempoh penyusuan
Asid dokosaheksaenoik (DHA) ialah sejenis asid lemak omega-3, sama seperti asid alfa- linoleik (ALA) dan asid ekosapentaenoik (EPA).1,2 ALA merupakan rantai asid lemak yang berasal daripada kumpulan omega-3 yang bertukar menjadi EPA, dan kemudiannya menjadi DHA.1,3,4

-
Perubahan ALA kepada DHA adalah sangat terhad kerana kebanyakan ALA dalam makanan mengalami proses oksidasi (iaitu proses pemotongan rantai panjang ALA kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil) di dalam sel dan hanya sebahagian kecil yang akan bertukar menjadi EPA dan DHA4
-
Pengambilan ALA yang tinggi semasa hamil telah dibuktikan tidak menyebabkan peningkatan pada kadar DHA di dalam darah4,5
-
Pengambilan ALA di kalangan ibu yang sedang menyusu tidak memberikan kesan yang signifikan kepada kandungan DHA di dalam susu ibu5
Mengapa DHA penting kepada wanita yang sedang hamil/menyusu?
Pengambilan DHA yang secukupnya amat penting kepada wanita yang sedang hamil dan menyusu kerana DHA merupakan komponen yang kritikal dalam perkembangan sel membran fetus, terutama sekali di bahagian otak dan retina.1,3,6 Pengambilan DHA juga dikaitkan dengan pengurangan kelahiran tidak matang, risiko mengalami preeklamsia yang rendah, peningkatan berat kelahiran dan mengurangkan kebarangkalian kemurungan selepas bersalin.7,8
Semasa kehamilan, keperluan DHA meningkat dari kebiasaan bagi menyokong pertumbuhan fetus; terutama pada trimester ketiga.1,8 Ini disebabkan peningkatan kandungan isipadu darah ibu dan peningkatan keperluan DHA oleh plasenta dan fetus.1,8,9 Wanita hamil akan kehabisan sumber DHA kerana fetus menggunakan hampir kesemua DHA untuk perkembangan sistem saraf dan menerima sebanyak 67 mg sehari DHA daripada si ibu.7,10 Semasa tempoh penyusuan, badan si ibu akan memindahkan sebanyak 70 ke 80 mg DHA setiap hari melalui susu ibu.10 Keperluan DHA yang tinggi semasa hamil dan menyusu akan menyebabkan kandungan DHA si ibu menurun sehingga ke tahap yang lebih rendah dari waktu sebelum kehamilan.10 Oleh kerana itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan agar ibu yang hamil mengambil DHA sebanyak 200 mg sehari bagi memenuhi keperluan DHA.6
Mengapa DHA penting kepada fetus?

Bagaimana untuk mendapatkan DHA?

-
Ikan (cth. salmon, tuna, sardin, keli, pollack, bilis dan hering)6,7,11
-
Minyak daripada alga laut11
-
Telur yang diperkaya dengan DHA12
Apakah yang disarankan oleh pakar?
-
Kementerian Kesihatan Malaysia mencadangkan pengambilan DHA sebanyak 200 mg sehari oleh ibu yang hamil6
-
Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menyarankan pengambilan minimum sebanyak 300 mg EPA+DHA sehari di mana 200mg sehari adalah DHA untuk wanita yang hamil dan menyusu7
-
Projek Perinatal Lipid Nutrition (PeriLip) dan Projek Early Nutrition Programming (EARNEST) dengan kerjasama beberapa persatuan saintifik antarabangsa mencadangkan pengambilan sekurang-kurangnya 200mg DHA sehari untuk ibu yang hamil dan menyusu3
-
Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah (EFSA) menyarankan pengambilan EPA dan DHA sebanyak 250mg sehari (di mana 100 hingga 200 mg daripadanya adalah DHA)8
Cukupkah kandungan DHA dalam diet?

Adakah pengambilan tambahan DHA masih diperlukan, jika si ibu sudahpun makan ikan?
Seawal mana pengambilan tambahan DHA perlu dimulakan?
Rujukan:
- Coletta JM, Bell SJ, Roman AS. Reviews in Obstetrics and Gynecology
- Greenberg JA, Bell SJ, Ausdal WV. Reviews in Obstetrics and Gynecology. 2008;1(4):162-169.
- Koletzko B, Lien E, Agostoni C, et al. J Perinat Med. 2008;36(1):5-14.
- DHA/EPA/Omega-3 Institute. 2018. Available at http://www.dhaomega3.org/Overview/Metabolism-of-Omega-6-and-Omega-3-Fat…. Accessed on 28 May 2018.
- Watson RR, Grimble G, Preedy VR, Zibadi S, editors. 2013; Volume 2. New York: Humana Press
- Ministry of Health Malaysia. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. 2017. Available at http://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/FA-Buku-RNI.pdf. Accessed on 28 May 2018.
- American Pregnancy Association. Omega-3 fish oil and pregnancy. 2016. Available at http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/omega-3-fish-oil/. Accessed on 28 May 2018.
- Hubinont C, Savoye T. Journal of Pregnancy and Reproduction 2017;1(1):1-7.
- Judge MP, Harel O, Lammi-Keefe CJ. Am J Clin Nutr. 2007;85(6):1572-1577.
- Morse NL. Nutrients 2012;4(7):799-840.
- World Health Organization. 2011. Available at http://www.who.int/elena/titles/bbc/fish_oil_pregnancy/en/. Accessed on 28 May 2018.
- Dietitians of Canada. 2013. Available at https://www.dietitians.ca/ Accessed on 28 May 2018.
- Ng TKW, Nalliah S, Hamid A, Wong SR, Chee SL, Augustine CA. IeJSME. 2012;6(2):4-9.
- BabyCenter. 2016. Available at https://www.babycenter.com/0_eating-fish-when-youre-breastfeeding-how-t…. Accessed on 31 May 2018.
- Wan Rosli WI, Rohana AJ, Gan SH, et al. International Food Research Journal 2012;19:815-821.
- U.S. Department of Agriculture and U.S. Department of Health and Human Services. 2010. 7th Edition, Washington, DC: U.S. Government Printing Office.
- Healthline. 2017. Available at https://www.healthline.com/nutrition/how-much-omega-3. Accessed on 4 June 2018.
- American Pregnancy Association. 2018. Available at http://americanpregnancy.org/first-year-of-life/omega-3-supplements-bab…. Accessed on 29 May 2018.
- Carvajal JA. BioMed Research International. 2014;2014:526895.