Ingin Anak Kekal Aktif Bertenaga Pada Bulan Ramadan? Cuba 5 Tip Ini
Pengambilan makanan sahur yang mengenyangkan penting bagi menjamin tenaga mencukupi sepanjang hari pada bulan Ramadan.
Ini kerana kehidupan masih berjalan seperti biasa, ada yang pergi bekerja, belajar, menguruskan keluarga serta rumah dan sebagainya.
Bagi kanak-kanak yang menjalani ibadah puasa pula, mereka perlu menahan diri daripada makan dan minum bermula waktu sebelum subuh hingga senja. Mungkin perkara ini sesuatu yang membimbangkan ibu bapa dan anak-anak sendiri. Berpuasa pada bulan Ramadan juga dianggap sebagai ujian besar bagi wanita mengandung.
Jadi, adakah terdapat cara yang boleh dilakukan untuk menyeimbangkan antara meneruskan amalan di bulan Ramadan dan mengekalkan kesihatan diri dan anak?
Kekal Bertenaga Di Bulan Ramadan
Penting untuk setiap individu yang berpuasa kekal cergas dan sihat sepanjang Ramadan. Ini bagi membolehkan kita untuk fokus di tempat kerja, sekolah mahupun menyertai amalan istimewa Ramadan seperti solat tarawih.
Berikut beberapa langkah penting bagi memastikan anda dan anak kekal bertenaga sepanjang bulan penuh kemuliaan ini.
1. Pengambilan makanan sahur bernutrisi
Bersahur merupakan perkara paling penting untuk memastikan diri mendapat nutrient yang tepat untuk bekalan tenaga sepanjang hari.
Bangun seawal jam 5 pagi untuk bersahur sememangnya agak sukar dilakukan bukan sahaja untuk individu dewasa, malahan juga kanak-kanak.
Namun, anak terutamanya tidak boleh terlepas waktu penting ini. Ia merupakan sesi hidangan makan penting yang membantu anak untuk kekal aktif dan bertenaga tanpa menjejaskan sesi pembelajaran seharian mereka.
Pengambilan kurma juga merupakan amalan sunnah yang amat digalakkan pada bulan Ramadan terutamanya ketika waktu sahur 3. Malah gabungan kurma dan susu dengan nutrisi yang tepat pastinya dapat memenuhi keperluan tenaga harian.
Memberikan anak susu formula mengandungi paras MFGM dan tahap DHA yang disarankan oleh pakar ketika bersahur, bukan sahaja membolehkan mereka kekal bertenaga sepanjang hari, bahkan kedua-dua nutrisi tersebut dapat membantu perkembangan emosi (EQ) dan kecerdasan minda (IQ).
Memupuk nilai-nilai murni Si Manja lebih mudah apabila IQ & EQnya tinggi. Sokong perkembangan IQ & EQ dengan MFGM & Tahap DHA mengikut saranan pakar.
Segelas Kebaikan, Sepenuh Harapan bersama Enfagrow A+ MindPro.
Ketahui Lebih Lanjut
Milk fat globule membrane (MFGM) memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif anak berkaitan fungsi otak.
Malah anak yang mengambil susu formula diperkaya MFGM juga menunjukkan kawalan tingkah laku lebih baik.
Selain daripada itu MFGM juga berfungsi sebagai sumber penggalak imuniti dengan mengurangkan simptom demam.
Manakala DHA yang terdapat dalam susu mengandungi asid lemak omega-3, merupakan komponen struktur otak penting untuk tumbesaran dan perkembangan imuniti kanak-kanak.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), DHA penting untuk perkembangan perkembangan otak kanak-kanak. Ini kerana ia membantu sel otak berhubung dan mempengaruhi fungsi pemikiran dan pembelajaran mereka.
Menurut Food and Agriculture Organization of United Nations (FAO) menyarankan pengambilan DHA sebanyak 100-150mg sehari bagi kanak-kanak
Jadi untuk menyokong perkembangan IQ optimum, pastikan susu formula yang diberikan kepada anak mengandungi tahap DHA seperti yang disyorkan pakar.
Dengan perkembangan emosi serta kawalan tingkah laku yang baik, sudah pasti akan membantu anak untuk belajar bersabar sepanjang tempoh berpuasa nanti.
Sokongan imuniti daripada kedua-dua nutrien ini pula membolehkan anak untuk kekal sihat dan aktif setiap hari.
2. Minum air secukupnya
Kita sering terlepas pandang mengenai kepentingan pengambilan air mencukupi setiap hari. Keadaan ini lebih sukar untuk dilakukan pada bulan puasa, kerana kita tidak boleh makan dan minum di siang hari.
Namun, ibu bapa perlu memastikan setiap isi rumah kekal terhidrat semasa Ramadan bagi mengelakkan dehidrasi. Ini terutamanya jika anak cenderung melakukan aktiviti berintensiti tinggi di sekolah, sehingga mengeluarkan peluh.
Pastikan anak minum 1-2 gelas air semasa berbuka puasa dan secawan air setiap jam antara iftar dan sesi makanan sahur bagi mendapatkan pengambilan air mencukupi untuk badan.
3. Kekalkan rutin senaman ringan
Siapa kata pada bulan puasa kita tidak boleh bersenam? Anda boleh pilih untuk melakukan aktiviti mudah seperti regangan atau berjalan pantas 10.
Ajaklah anak untuk melakukan regangan di dalam rumah selama beberapa minit atau berjalan pantas sekitar kawasan kejiranan sambil mengembangkan kemahiran sosial bersama anda.
4. Makanan sahur yang mengenyangkan & berkhasiat
Perkara lain yang dapat membantu anda dan anak kekal bertenaga adalah dengan menyediakan makanan berkhasiat.
Hidangkanlah pilihan makanan lebih sihat seperti roti gandum penuh, beras perang, telur atau keju yang akan dapat membantu diri mendapat tenaga mencukupi dari pagi hingga petang.
Buah-buahan dan sayuran juga amat disyorkan dimakan pada bulan ini kerana serat akan membuatkan anda lebih kenyang untuk tempoh yang lebih lama.
5. Tidur siang & rehat mencukupi
Siapa yang tidak sukakan waktu tidur?
Namun elakkan tidur sejurus selepas pengambilan makanan sahur yang mengenyangkan dan berbuka puasa. Ini akan membantu badan mencerna makanan dengan lebih baik.
Untuk kekal produktif dan cekap pada bulan Ramadan, tidur yang mencukupi amat penting. Tidur siang antara tempoh 15-20 minit, sama ada ketika bekerja di pejabat atau untuk anak-anak di rumah amat disarankan.
Pada waktu malam pula, minimumkan masa skrin dan pastikan anak tidur lebih awal kerana mereka perlu bangun bersahur.
Pengambilan segelas susu yang diperkaya dengan MFGM dan DHA sebelum tidur juga dapat membantu anak tidur dengan lebih baik.
Amalkan Pengambilan Makanan Sahur
Bulan Ramadan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk diri kekal produktif sepanjang hari. Dengan petua yang dikongsikan ini, diharapkan dapat membantu anak bertenaga sepanjang hari.
Percayalah walaupun petua yang dikongsikan nampak mudah, namun masih ramai yang bergelut untuk melakukannya.
Paling utama, pastikan kalian tidak terlepas waktu bersahur kerana ia merupakan sesi hidangan penting yang dapat membantu diri kekal aktif dan mempunyai tenaga mencukupi sepanjang hari.
6. Francisca Echeverría González & Rodrigo Valenzuela Báez (2017). In Time: Importance Of Omega 3 In Children’s Nutrition. Diambil pada Mac 16, 2023, daripada https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5417803/
7. Omega-3 Laut Dalam. Diambil Mac 16, 2023, 2022. http://www.myhealth.gov.my/omega-3-laut-dalam/
8. Joint (FAOWHO) Food Standards Programme Codex Committee On Nutrition And Foods For Special Dietary Uses. Proposed Draft NRV-NCD For EPA And DHA Long Chain Omega3 Fatty Acids. Diambil Mac 16, 2023, 2022.
9. How To Maintain Diet In Ramadan To Prevent Dehydration. Diambil Mac 16, 2023, 2022. https://firstresponse.ae/dehydration-ramadan/
10. Exercising During Ramadan. Diambil Mac 16, 2023, 2022. https://www.healthxchange.sg/fitness-exercise/exercise-tips/benefits-of-exercise-during-ramadan#
11. Healthy Food For Ramadan Iftar And Suhoor. Diambil Mac 16, 2023, 2022. https://www.orphansinneed.org.uk/news/your-guide-to-a-healthy-iftaar-and-suhoor/
12. Balanced healthy eating habits during Ramadan. Diambil pada Mac 16, 2023, daripada https://www.dha.gov.ae/uploads/022022/Balanced%20healthy%20eating%20habits%20during%20Ramadan_En2022250368.pdf
13. The common effects of lack of sleep and how to prevent the. Diambil Mac 16, 2023, 2022. https://www.clevelandclinicabudhabi.ae/en/health-byte/pages/how-to-sleep-better-in-ramadan.aspx