Ibu Alami Anemia Sewaktu Hamil? Ini Nutrien Yang Diperlukan Sepanjang Trimester Oleh Ibu Hamil
Semasa hamil, badan perlu menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk memenuhi keperluan ibu dan anak dalam kandungan. Setiap sel darah merah yang terhasil berteraskan mineral zat besi, namun jika mineral ini tidak boleh dihasilkan oleh badan, ia mestilah diserap daripada pemakanan. Di sinilah pentingnya pengambilan makanan tinggi zat besi untuk ibu hamil1.
Apabila anda tidak mendapat cukup zat besi daripada pemakanan, penghasilan sel darah merah akan berkurangan dan ini berisiko menyebabkan anemia ataupun masalah kekurangan zat besi. Badan juga memerlukan nutrien asid folik untuk membantu penghasilan sel darah merah yang sihat1.
Apakah tanda anemia semasa mengandung, dan apakah risiko yang boleh memburukkan keadaan ini? Hakikatnya, semua ibu hamil boleh mengalami anemia, tetapi ia lebih cenderung terjadi jika anda1:
-
Mempunyai dua kehamilan dalam jarak yang rapat
-
Kehamilan kembar
-
Kerap muntah akibat mabuk pagi
-
Tidak mengambil zat besi yang mencukupi
-
Mengalami aliran darah haid yang banyak sebelum hamil
Antara tanda anemia semasa mengandung yang mudah dilihat adalah seperti kulit kelihatan pucat, cepat keletihan, sakit kepala dan pening, jantung mudah berdebar-debar serta sesak nafas3.
Berita baiknya, pengambilan makanan tinggi zat besi dan suplemen tambahan dapat membantu pembentukan sel darah merah yang lebih sihat!4.
4 Cara Mengatasi Masalah Anemia Ketika Hamil
Anemia semasa hamil boleh dirawat dengan cara menambah makanan tinggi zat besi atau suplemen tambahan ke dalam rutin pemakanan harian anda5.
#1. Makanan Tinggi Zat Besi & Vitamin B12
Pakar mengesyorkan wanita hamil untuk mengambil 30 miligram (mg) zat besi dan sekitar 2.6 mikrogram (mcg) vitamin B12 setiap hari1,5
Vitamin B12 penting untuk mengekalkan kesihatan sistem saraf dan apabila digabungkan dengan asid folik, ia boleh membantu mencegah spina bifida dan kecacatan kelahiran berkaitan sistem saraf tulang belakang bagi anak dalam kandungan5. Antara sumber zat besi dan vitamin B12 yang boleh diambil adalah seperti:
Sumber berasakan haiwan:
-
Ayam
-
Kambing
-
Daging
-
Hati Lembu
-
Salmon
-
Ikan berlemak contohnya salmon, sardin dan tuna
-
Telur
-
Kerang dan tiram
Sumber berasaskan tumbuhan:
-
Kacang
-
Buah-buahan kering
-
Pasta dan roti gandum penuh
-
Bijirin sarapan pagi
-
Legum seperti kacang dhal, kacang panggang, kacang ginjal, kacang hijau dan kacang merah
-
Sayur-sayuran hijau berdaun gelap seperti bayam,
-
pucuk manis dan brokoli
-
Oat
-
Tauhu, susu, yogurt, keju dan produk soya
Mendapatkan mineral zat besi dan vitamin B12 secara rutin dalam diet kehamilan amat disarankan buat ibu hamil. Jika ia tidak dapat diambil daripada makanan tinggi zat besi, maka ibu hamil juga boleh mengambil suntikan zat besi yang terdapat di klinik atau hospital.
Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang suntikan atau suplemen tambahan.
#2. Pengambilan Vitamin C
Makanan kaya vitamin C boleh membantu tubuh menyerap lebih banyak zat besi5. Pastikan anda turut mengambil makanan yang diperkaya vitamin C seperti:
-
Buah sitrus
-
Strawberi
-
Oren
-
Kiwi
-
Tomato
-
Lada benggala
#3. Kolina dan DHA
Selain makanan tinggi zat besi, Kolina dan DHA juga antara nutrien penting untuk diambil ibu hamil. Kolina adalah nutrien yang larut dalam air yang dapat mengurangkan risiko kecacatan tiub neural6.
American Academy of Pediatrics7 mengiktiraf Kolina sebagai nutrien “pembinaan otak” yang perlu diambil wanita hamil. Dos pengambilan yang disarankan adalah sebanyak 425mg ke 450mg sehari semasa mengandung.
Kolina boleh didapati dalam kumpulan makanan seperti susu kehamilan, tenusu dan protein, telur, daging, ayam, ikan, brokoli, kekacang dan kacang dhal. Sementara itu, DHA yang tinggi dalam susu ibu hamil pula menyokong perkembangan otak anak terutamanya semasa di trimester ketiga8.
Jadi para ibu sekalian, pastikan anda memilih susu terbaik dengan kandungan DHA dan Kolina yang tertinggi!
#4. Pengambilan Asid Folik Yang Mencukupi
Asid folik adalah vitamin yang membantu dalam penghasilan sel darah merah yang baru. Gabungan asid folik dan zat besi yang mencukupi dalam pemakanan bukan sahaja membantu mencegah tanda anemia semasa mengandung, bahkan menyembuhkannya9.
Jumlah harian asid folik yang disyorkan setiap hari adalah sebanyak 400 mcg termasuklah daripada pemakanan seimbang dan suplemen tambahan9.
Selain suplemen, ibu hamil juga boleh memilih untuk mengambil susu yang diperkaya dengan asid folik di dalam diet seharian. Ia bukan sahaja dapat membantu menyokong perkembangan otak anak dalam kandungan, bahkan berperanan memenuhi keperluan harian asid folik, protein dan kalsium.
Kepentingan Makanan Tinggi Zat Besi Buat Ibu Hamil
Pastinya anda sudah memahami betapa pentingnya pengambilan asid folik, multivitamin dan makanan tinggi zat besi semasa kehamilan.
Berita baiknya, kini terdapat pelbagai susu kehamilan yang diperkaya dengan kandungan nutrien seperti yang disebut di atas untuk membantu menyokong perkembangan ibu ketika hamil.
Bahkan, terdapat susu kehamilan yang dapat memenuhi lebih 90% jumlah tahap asid folik, protein dan kalsium disyorkan pakar. Lebih bagus lagi ia turut diformulasikan dengan DHA dan Kolina tertinggi yang sesuai untuk ibu mengandung.
Di samping itu, dengan khasiat vitamin D yang turut terkandung di dalam susu kehamilan ini, proses penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus akan menjadi lebih mudah!
Buat ibu yang mengalami tanda anemia semasa mengandung, anda sewajarnya mendapatkan pemeriksaan pakar dengan tepat dan berunding dengan pakar bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik.
Apa yang paling penting, jangan ambil mudah sebarang tanda anemia semasa mengandung, seperti kekerapan merasa letih kerana besar kemungkinan, masalah anemia yang dihadapi adalah di tahap yang tidak normal. Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat buat anda!
Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.